entri ini khas di tujukan buat mereka yang sentiasa bertahan dengan segala kerenah kakak, aqilah, qilah, gemok, hang kachak aqilah dan sebagainya.
note: post kali ini agak touching2 sikit. so, sapa2 yang cepat terasa, elok sangatlah letak tisu di sebelah lappy anda.sekian terima kasih.selamat membaca.
minggu ini adalah minggu yang terakhir aku di malaysia sebelum berangkat ke bandung. Alhamdulillah. itu saja yang mampu aku lafazkan tiap hari.masih terasa janggal, pelik dan sebagainya. malaysia beralih ke indonesia. mungkin yang mendengarnya rasa macam ' alah, indon je kot, bukannya us pun '. takpalah. masing-masing ada pandangannya. tapi bagi aku yang tidak selalu ada di rumah setiap tahun kerana kerap tinggal di asrama, penghijrahan kali ini sangat membawa makna. penghijrahan yang membawa aku semakin hampir kepada cita2 aku, doktor. mungkin ia pernah menjadi cita2 ummie semasa dahulu, kerana ingin sangat anak sulungnya menjadi jadi doktor, tapi sekarang ia adalah cita2 aku sendiri.tiada paksaan.yup, memang aku suka (:
owh, ya bercerita tentang minggu terakhir.pada minggu ini mamat sedang menjalani trial spm dalam keadaan hati yang berduka lara.alahai, apalah sangat seorang kakak boleh membantu adiknya dalam kes UNIK macam ini. kakanya pun dah tak expert2 dah.haha. tapi, Alhamdulillah. semua berjalan lancar. macam dia boleh jawab. kalau ditanya, okay ja memanjang.tahun depan, insyaAllah dia juga bakal menempuhi alam universiti. semoga yang baik2 sahaja berlaku padanya. cukuplah untuk tahun 2011 ni. kakak tahu eh, mamat letih. owh, ya. terima kasih naa teman kakak buang sampah.bukan pa, kalau nak mengajak kau buang sampah, memang separuh mati.bukan hang yang nak separuh mati, kakak dengan ucu yang nak separuh mati menyuruh kau buang sampah =.=' oit, GOODLUCK naa SPM nanti. kakak doakan yang terbaik buat camut!
p/s: jika dia kepunyaan kita, pergi ke mana pun ia akan balik kepada kita.tetapi kalau dia bukan untuk kita, mungkin ada yang terbaik untuk kita. who knows? insyaAllah. dah2, jangan sedih2.(:
semua orang jadi baik minggu ini.kata nak appreciate kakak for the last time.TERIMA KASIH SEMUA! kakak sangat hargainya.dan aku juga belajar untuk menghargai ina. yelah kan.takkan nak gaduh memanjang. aku cuma ada ina dengan mamat ja.takda sapa dah.seriously, kakak sayang ina. kakak marah2 tu cuma sebab sayang. mungkin ada tambah sikit perasaan cemburu kot. kotlah. cuma kakak rasa ina tak merasa apa yang kakak lalui sebagai kakak semasa membesar.tapi bukan salah ina pun.kita berbeza. kakak sulung, ina bongsu. tapi kakak tahu ina dah pandai, dah nak membesar dah. belajar2lah lipat kain.nanti boleh lipat baju ayah,umi,ucu dan kemas katil ucu.berapa tahun lagi dah nak menengah dah.cepatnya masa berlalu. owh, ha.tak lambat lagi rasanya nak wish, SELAMAT HARI LAHIR INA (:
excited sangat dapat botol air fav die ^^,
tak lupa. mak cik! terima kasih naa. kira dah dapatlah pengganti rumet.takdalah, kata tak boleh tidurlah, apalah.hahah.kalau sempat nanti jumpa kat bandung. ecececeh, bajet dia paling homies lah kat bandung.haha.nak pi, wall kakak.
tak kira depa kata apa, ucu still da best bagi kakak.
(part megi kari ja lah.hahah)
'kak qilah, selamat tinggal'
TERIMA KASIH UYIN :')
walaupun sibuk, masih ada masa nak melayan qilah.ketawa. nangis qilah. terima kasih, dari mula kita kenal sampai sekarang.moga kita berjumpa lagi jika ada jodoh.heee.
sumayyah aminodin.kembaaq (:
dan yang mengenali qilah di
*kuliah H
*kolej mara kulim
*warga SMK Simpang Beluru
*warga SMK Sungai Kapar Indah
*warga SK Padang Ampang
last but not least
abu's family ^______^
ayah, ummie.banyak benda kakak nak cakap.tapi kakak rasa mungkin kakak boleh kata dalam phone ja nanti kat bandung.terima kasih segalanya.dari kakak kecil sampai kakak besar. banyak dan tak terkira jumlah untuk besarkan kakak, ina, mamat. kakak harap selama 6 tahun kakak belajar ni, sedikit terbayar segala penat ummie bangun 5 pagi masak nasi lemak, kena tahan rungutan pelanggan, orang sekitar ummie, ayah ulang alik buat catering. kakak janji, selagi kakak mampu, kakak akan jaga ayah dengan ummie sampai tua. dengan mamat dan ina..
enough for today
as salam :')
semoga selamat sampai di sana. amin.
0 comments:
Post a Comment